Keputusan Myanmar larang rakyatnya bekerja di Malaysia dialu-alukan

“Keputusan itu tidak akan memberi akibat langsung kepada Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup perhimpunan Agung Parti IPF Ke-24 di Kajang pada Ahad.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian apabila diminta mengulas laporan mengenai keputusan kerajaan Myanmar yang melarang rakyatnya bekerja di Malaysia berkuat kuasa 6 Dis lepas.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Imigresen Myanmar mengumumkan pihaknya telah menghentikan pengeluaran lesen kepada rakyatnya yang mahu bekerja di Malaysia.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot pula dilaporkan berkata bahawa pihaknya belum menerima notis rasmi daripada kerajaan Myanmar berhubung larangan itu.- Bernama

Related Articles