Jika lawan politik anda adalah bekas PM, Mahathir Mohamad, maka anda tidak boleh mengabaikan tenaga tempur ‘orang tua’ ini. Orang yang tidak berniat untuk bersara sebenarnya tidak boleh dipandang rendah malah mungkin ditakuti dan dihormati.
Mengapa Mahathir mahu menumbangkan PM, Najib? Menurutnya, beliau mahu menyelamatkan Malaysia yang sudah terkeluar daripada landasan dan tujuannya masih berdiri adalah untuk mengetuai bagi menumbangkan Najib supaya rakyat akan ada kehidupan yang lebih baik.
Ada orang kata Mahathir turun padang adalah demi kerjaya politik anaknya. Bagaimanapun beliau tidak pernah memberi respons mengenainya dan hanya menyenaraikan contoh kesalahan politik yang dilakukan Najib. Kendo politik Mahathir tidak berbunga-bunga dan terus kepada sasarannya.
Dalam isu mengenai ‘pelaburan China’ yang membabitkan kenyataan ‘jual tanah untuk bina wilayah kecil China’, dilihat kenyataannya agak tidak masuk akal, namun hakikatnya beliau sedang bermain politik yang tersembunyi. Seperti mana kenyataan Sultan Johor bahawa “Mahathir tidak bodoh, tindakannya adalah demi kepentingan politiknya.”
Dengan menggunakan alasan mahu mempertahankan kepentingan kaum Melayu, beliau akan memimpin PPBM untuk bertanding pada PRU akan datang untuk beradu tenaga antara PH dengan UMNO. Selepas dikritik oleh Sultan Johor, Mahathir segera mengambil kesempatan tersebut untuk menghantar surat kepada akhbar The Star dan menyangkalkan segala tuduhan Sultan Johor.
Sebelum ini, Sultan yang menerima temuramah The Star mengkritik ‘Mahathir menggunakan kepentingan politik mengatasi kepentingan rakyat Malaysia’.
Apa yang pasti, kritikan terhadap Johor itu akan menyentuh saraf segelintir orang. PRU akan datang merupakan peperangan antara Mahathir dan Najib. Kaedah operasi kem pembangkang mulai ‘swing’ dan diletakkan di tangan Mahathir. – Nanyang Siang Pau