Kenapa Zakir Naik diberi kebenaran masuk Malaysia?

Beliau meminta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memberi penjelasan mengenai perkara itu.

“Saya terkejut apabila diberitahu Zakir, yang sedang disiasat pihak berkuasa India, dijemput menyampaikan khutbah Jumaat di Perlis minggu ini atas jemputan mufti Perlis.

“Apa motif sebenar kerajaan mengalakkan ceramah beliau di Malaysia,” soal beliau.

Waytha berkata pihaknya masih menunggu pengesahan daripada kerajaan berhubung dakwaan Zakir diberi status penduduk tetap.

Sebelum ini, kerajaan menafikan laporan akhbar India yang mendakwa Malaysia memberi kerakyatan kepada Zakir.

“Jadi, kerajaan perlu memberi penjelasan mengenai taraf kerakyatan Zakir dan juga perlu nyatakan sudahkah keselamatan negara diambil kira apabila mereka membenarkan Zakir bergerak bebas di Malaysia,” katanya. -Makkal Osai

Related Articles