Kenapa tidak desak Guan Eng letak jawatan?

by SM Amin

Kata Ismail, pembangkang seharusnya mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sedang berdepan dengan dakwaan rasuah berbuat demikian terlebih dahulu.

Bagaimanapun kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Bandar itu, pembangkang telah melakukan tindakan aneh memaksa Najib meletak jawatan sedangkan saman sivil yang difailkan di Amerika Syarikat baru-baru ini tidak menamakan Najib sebagai defendan.

“Dalam kes Guan Eng, yang jelas kes jenayah mereka pertahankan, tak perlu letak jawatan atau bercuti.

“Tapi dalam kes sivil ini, tidak ada pun dinamakan perdana menteri sebagai defendan, tiba-tiba mereka suruh perdana menteri letak jawatan. Nampak betapa mereka mempolitikkan isu ini dan mereka bercakap tidak konsisten…pilih kasih,” katanya, seperti dilapor Umno Online.

Tambah Ismail, tindakan pembangkang itu membesar-besarkan perkara ini hanya ingin menutup kes jenayah yang dilakukan oleh Setiausaha Agung DAP itu.

Related Articles