Kenalpasti perbezaan Galaxy Note7 baru dan lama

Tanda bateri baru di Galaxy Note7 luar kotak

Bagaimana hendak membezakan unit baru Galaxy Note7 berbanding yang unit lama? Di sini, Samsung telah menyenaraikan tiga cara dalam bentuk perisian, dan satu cara dalam bentuk fizikal.

Tanda bateri baru di Galaxy Note7 luar kotakDengan unit baru Galaxy Note7, akan terdapat tanda segiempat sama berwarna hitam pada label kotak telefon, seperti gambar di atas. Ini adalah cara mengesahkannya secara fizikal.

Dalam bentuk perisian pula, ia dipaparkan di tiga tempat dalam bentuk ikon bateri berwarna hijau. Pertama, pengguna boleh memeriksanya di bahagian bar status, di bahagian atas skrin.

Kedua, ikon bateri hijau ini akan dipaparkan di skrin ‘Always-On’. Ketiga, ia boleh dilihat di menu ON/OFF, apabila butang kuasa ditekan lama. Ia boleh dirujuk seperti gambar di atas ini.

Semua pemilik Galaxy Note7 terutamanya di Malaysia, diminta untuk menukarkan unit sedia ada mereka kepada Galaxy Note7 yang baru. Walaupun telefon anda kelihatan tidak bermasalah, ia adalah langkah terbaik untuk mengelakkan dari kejadian tidak diingini berlaku di masa depan.

Ikuti langkah pertukaran Galaxy Note7 dalam laporan kami sebelum ini di sini. Untuk maklumat lanjut, layari laman program penggantian Galaxy Note7 Malaysia, atau hubungi Samsung Malaysia Careline di talian 1800-88-7799. – The Skop

Related Articles