Kemelut politik Terengganu sudah berakhir

Oleh itu beliau meminta semua pihak menghentikan spekulasi berhubung `ribut politik’ di negeri itu.

Ahmad Razif menyifatkan kemelut itu sebagai gelombang kecil yang tidak mengganggu kerjanya sebagai Menteri Besar dan
tumpuan kini berpusat kepada agenda pembangunan negeri demi kesejahteraan rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, turut meminta semua pihak menghentikan spekulasi berhubung ketiadaannya dalam negeri bagi tempoh agak lama baru-baru ini.

Katanya, beliau tiada dalam negeri kerana terbabit dengan pelbagai komitmen termasuk ke Johor untuk Program Beautiful Terengganu selama lima hari dan pelbagai agenda lain di luar Terengganu.

“Mungkin ada provokasi untuk cuba menggagalkan usaha pembangunan negeri tetapi kita tak perlu layan sangat isu begini.

“Kita perlu terus pandang ke depan kerana keutamaannya adalah rakyat,” katanya selepas majlis makan malam Santai Menteri Besar Terengganu Bersama Media di Kuala Terengganu, di sini, malam tadi.

Ahmad Razif berkata, keadaan politik di Terengganu terkawal dan Barisan Nasional (BN) masih membentuk kerajaan.

Situasi politik di Terengganu kelihatan tegang apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal yang juga bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif pada Sidang Dewan Undangan Negeri pada 8 Mac lalu.

Related Articles