Kembalikan semula kerusi kami – Nik Abduh

Oleh itu, PAS beranggapan sudah tiba masanya untuk parti itu menyemak kembali kerusi-kerusi yang ‘dipinjamkan’ kepada sekutunya suatu masa dulu seperti PKR dan DAP semasa pilihan raya umum yang lalu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Aziz, berkata pengalaman lalu ketika PAS masih bekerjasama dalam pakatan pembangkang harus dijadikan pengajaran agar anggota PAS tidak dipergunakan.

“Cukuplah pengalaman lalu menjadi pengajaran, di mana tenaga anggota kita yang ikhlas dan patuh pada arahan pimpinan ‘dipergunakan’ oleh rakan-rakan demi mencapai kemenangan, kemudian ‘ditinggalkan’ begitu sahaja.

“Justeru sekiranya pimpinan parti mengambil satu langkah berani untuk bertanding di kerusi yang selama ini ‘dipinjamkan’ kepada PKR dan DAP dalam PRU yang lepas, kami Pemuda PAS memberikan ikrar dan janji, akan mengambil seribu satu langkah bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PAS,” katanya.

Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata demikian ketika berucap pada Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-57 yang dirasmikan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di sini hari ini.

Beliau berkata, Pemuda PAS berharap agar pimpinan tertinggi parti mengkaji semula agihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi PAS dalam PRU14 akan datang.

Nik Abduh juga menggesa seluruh Pemuda PAS mempertahankan gagasan kepimpinan ulama yang telah dirintis oleh pimpinan terdahulu.

Related Articles