Kem Kesihatan tunggu laporan penuh, senarai nama mangsa dikenalpasti

Menterinya, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, kebakaran yang berpunca daripada bilik rawatan bersebelahan unit rawatan rapi (ICU) sukar dikawal dan merebak dengan cepat disebabkan bilik itu dilengkapi dengan alat bantuan pernafasan.

Selepas mendapat maklumat penuh daripada bomba barulah kementerian dapat mengisytiharkan tahap keselamatan di hospital ini.

Kebakaran ICU itu bagaimanapun tidak menjejaskan wad lain dan boleh beroperasi seperti biasa,” katanya ketika mengadakan lawatan ke HSA sebentar tadi.

Sementara itu, berikut merupakan senarai nama mangsa yang maut dalam kebakaran berkenaan:

1. Logaswaran (wanita)

2. Cho Lin Feng (wanita)

3. Poh Ah Wah (wanita)

4. Yusof Hasan (lekaki)

5. Kaliama (wanita)

6. Meramaladeri (wanita)

Mangsa yang cedera parah dan dirawat ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru:

1) Nurul Ain (wanita)

Related Articles