Keluarga pemandu bas nahas dakwa tidak terima sebarang pampasan syarikat

Keluarga arwah pemandu, Syakir Arifin,32, iaitu abangnya Syamir Zubir, 35 berkata dalam keadaan kini keluarganya dalam keadaan susah selepas pemergiannya.

“Bantuan dari syarikat bas ekspres yang arwah adik kerja sebelum terlibat dalam nahas itu sangat diperlukan.

“Ramai yang menuduh adik saya, tetapi dia adalah seorang berhemah di atas jalan raya, kami cuma nak tahu kenapa tiada pemandu kedua dalam bas itu pada hari kejadian itu,” soalnya.

Ujarnya, ramai yang menuduh adiknya punca kemalangan maut itu oleh kerana memandu tanpa rehat.

“Tidak wajar menuduh adik saya sahaja dalam tragedi ini.Isteri arwah juga yang parah dalam kejadian itu kini berada di hospital dan saya tidak mempunyai dana kewangan secukupnya untuk membantu mereka.

“Walaupun sudah tiga hari berlalu selepas kejadian, syarikat bas itu tidak menghubungi kami, dan wujud keperluan untuk menandatangani beberapa dokumen penting di hospital untuk menjalankan pembedahan penting kepada isteri arwah adik saya,” katanya. – Tamil Nesan.

Related Articles