Keluarga mangsa ibu dan anak dibunuh mahu suspek diheret ke muka pengadilan

Kesemua suspek telah ditahan polis dalam masa lapan jam selepas kejadian itu tetapi keluarga mangsa yang berada di dalam keadaan sedih yang tidak dapat ditenangkan sampai bila-bila.

Saudara mara keluarga mangsa menggesa polis tidak melepaskan pelaku jenayah itu supaya dihadapkan ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukuman berat dan maksimum.

“Kedua-dua mendiang mangsa tidak berdosa, Durga Devi seorang pelajar cemerlang dan pendiam. Kami tak dapat membayangkan mereka tinggalkan kami selama-lamanya.

“Kami mahu lapan suspek yang sedang disiasat polis dihadapkan ke mahkamah dan pesalah sebenar serta yang bersubahat perlu dijatuhkan hukuman berat tanpa belas kasihatan,” tegas mereka.

Polis sedang menyiasat kes ini dalam semua aspek untuk memastikan penjenayah tidak melepaskan diri dari muka pengadilan. – Tamil Nesan

Related Articles