21
KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dilaporkan hilang sejak 4 Februari lalu.
Polis Kota Tinggi sedang giat mengesan mangsa, Nurul Shafiqah Samsul, susulan laporan kehilangannya dibuat pada Ahad lalu pada jam 3 pagi.
Remaja itu mempunyai ketinggian 150 sentimeter dan berat 50 kilogram.
Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi individu tersebut boleh terus ke mana- mana balai polis berhampiran, pegawai penyiasat atau menghubungi talian hotline IPD Kota Tinggi di talian 07- 883 7222. – The Rakyat Insight