Kelidan lori didakwa bunuh abang kandung di rumah

Tertuduh, K. Sritharan, 39, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dalam Bahasa Tamil di hadapan Majistret Noorhidayah Mohd. Saad.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang memakai baju lokap berwarna jingga.

Mengikut pertuduhan, Sritharan didakwa membunuh abangnya, K. Gopal, 42, pada 29 Oktober lalu lebih kurang pukul 9.30 malam di Taman Sri Permai, Padang Rengas, Kuala Kangsar.

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nazratul Natrah Mohd. Yusuf mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Kes akan disebut semula pada 12 Disember depan sementara keputusan asid deoksiribonukleik (DNA) serta laporan bedah siasat mangsa, memetik laporan mStar Online.

Related Articles