Kelibat buaya kejutkan warga Flat Seri Sentosa

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil dikerah ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.19 malam.

“Kita juga telah menghubungi pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk memaklumkan kejadian berkenaan.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, penduduk di sini ternampak haiwan berkenaan berhampiran kawasan perumahan ini yang berlumpur dan semak samun,” katanya, memetik laporan Utusan Online.

Sehingga kini kata Samsol pihaknya bersama JPAM sedang berusaha untuk menangkap reptilia berkenaan.

Related Articles