Kelantan putus status Pokemon Go Rabu ini

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, menerusi kenyataan mufti di beberapa negeri, kerajaan negeri akan membuat perbincangan mengenai Pokemon Go pada Rabu nanti.

“Paling penting, di Kelantan, kita mahukan sesuatu membina minda dan menjaga keselamatan rakyat.

“Kalau guna game sekalipun, biarlah game berkenaan boleh mentarbiahkan dan nak buat apa-apa perlulah membina kebaikan dan memberi manfaat, bukan memusnahkan atau menyebabkan keselamatan diri terganggu,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Abdul Fattah berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan mengenai isu Pokemon Go semasa mesyuarat Rabu nanti dan akan membuat kenyataan media.

Related Articles