Kedai todi perlu diganti dengan pusat komersial

Kerajaan negeri Pulau Pinang dan pusat diminta supaya menyahut seruan ini dan melaksanakan tanggungjawab itu demi kebaikan rakyat.

“Kedai-kedai todi ini sudah lama beroperasi di sini, tetapi tidak membawa pendapatan yang menguntungkan untuk kerajaan.

“Maka ia perlu dialihkan dan dibangunkan dengan pusat perniagaan moden yang boleh memanfaatkan masyarakat tempatan di negeri ini,” kata Presiden Persatuan Pembangunan Usahawan India Pulau Pinang, V. Sundarraju semalam.

Salah satu premis Todi yang diminta dihapuskan ialah yang terletak di Bukit Tengah.

Katanya lagi, transformasi yang memajukan rakyat perlu diberi keutamaan dengan menolak perniagaan yang tidak sihat dan tidak menguntungkan itu.

“Daripada membiarkan kedai todi beroperasi dan membawa kesan kepada masyarakat India, adalah lebih baik ia diroboh dan digantikan dengan pusat komersial yang berfaedah supaya memanfaatkan komuniti India di kawasan sekitar,” ujar beliau.

Beliau mendakwa kedai todi yang pernah beroperasi di negeri-negeri lain telah ditutup tetapi keadaan tidak berubah di Pulau Pinang dengan jumlah kedai todi yang agak banyak.

Rentetan keluhan itu, Sundarraju berkata pihaknya telah mengemukakan memorandum kepada kerajaan negeri supaya kedai todi di negeri itu dihapuskan segera dan digantikan dengan pusat perdagangan dan rekreasi. – Tamil Nesan

Related Articles