Kedah, Terengganu dan Johor ada potensi dirampas pembangkang

Awang Azman berkata, terdapat peluang ketiga-tiga negeri berkenaan dirampas oleh pembangkang daripada pimpinan Barisan Nasional.

“Negeri yang mewah dan popular dengan UMNO sudah dimasuki pembangkang, dan adalah tidak mustahil untuk pembangkang negeri-negeri tersebut,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Warisan iaitu, Datuk Seri Shafie Apdal bahawa BN akan tewas di ketiga-tiga negeri itu.

“Di Johor Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan merampas negeri itu tetapi dengan mengharungi cabaran sukar,” ujarnya.

Tetapi beliau menafikan kenyatan Warisan bahawa ia akan merampas Sabah dari BN.

“Saya tak percaya Warisan boleh merampas Sabah kerana Sabah kubu kuat BN manakala 13 DUN yang diwujudkan menyokong penuh BN,” tegasnya. – Tamil Nesan.

Related Articles