Kedah fatwakan Pokemon Go haram

Memetik laporan Kosmo Online, Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, keputusan itu adalah hasil mesyuarat bersama 10 Ahli Jawatankuasa Fatwa negeri yang diadakan di Pejabat Mufti di Anak Bukit di Alor Setar pada Rabu.

“Dalam perbincangan selama dua jam setengah itu, kita ambil keputusan bahawa Pokemon Go ini sangat wajar dihalang, disekat dan dilarang kerana kemudaratan yang tercetus adalah lebih besar.

“Keburukan daripada permainan ini boleh mengundang keburukan kepada hidup dan juga negara kita selain menjejaskan keimanan serta kepercayaan kepada kuasa Allah,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Fatwa Kedah tersebut.

Beliau bagaimanapun meminta kerajaan dan mana-mana pihak berkaitan agar mengambil tindakan segera menyekat permainan itu.

Related Articles