Kecoh wartawan berhijab dalam majalah Playboy

Namun begitu, wartawan Amerika Syarikat, Noor Tagouri telah mengubah semua itu selepas tampil dalam penerbitan majalah berkenaan edisi Oktober yang dipanggil Renegades dengan penampilannya berhijab.

Selain berhijab, gadis berkenaan turut memakai seluar jeans, jaket kulit dan kasut Converse dalam edisi berkenaan.

Gadis berusia 22 tahun itu turut memaklumkan bahawa matlamat utamanya tampil dalam majalah berkenaan adalah sebagai pelopor gadis bertudung pertama di dalam televisyen komersial Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, Tagouri percaya pengalaman yang dimilikinya sebagai wartawan wanita Islam telah menjadikan beliau seorang wartawan yang lebih baik.

“Secara jujur, saya fikir sebagai seorang wanita Islam yang berhijab, ia membantu saya mendapatkan kepercayaan (dari subjek temu ramah).

“Saya tahu bagaimana mempunyai naratif daripada masyarakat kita yang kurang jelas dan dieksploitasi oleh media.

“Saya tahu yang ia adalah salah seperti yang dinyatakan dalam media dan saya ingin memaklumkan cerita ini kerana ia penting untuk mendapat keadilan,” katanya kepada Playboy.

Walaupun Tagouri menerima banyak kecaman dan kritikan secara atas talian, dia tidak membacanya atau memberi sebarang perhatian berhubung tindakan tersebut.

“Ia hanya sifat negatif yang tidak sihat dan saya hanya melakukan apa yang terbaik dengan tidak merisaukan kritikan pihak berkenaan yang tidak sukakan apa yang saya pakai atau cakap,” katanya. – news.com.au

Related Articles