Kebocoran kilang kimia, penduduk desak kerajaan ambil tindakan serta merta

Protes yang diketuai Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar kira-kira pukul 5.30 petang semalam, juga meminta kerajaan mengambil perhatian serius berhubung kebocoran yang berlaku berikutan ia membabitkan keselamatan dan nyawa penduduk.

Ketika protes berlangsung, penduduk telah berarak ke kilang itu namun anggota polis tidak membenarkan mereka masuk kawasan berkenaan.

Sementara itu, Sivakumar berkata kilang kimia yang berbahaya itu terletak berdekatan kawasan perumahan dimana lebih 1,000 penduduk tinggal termasuk wanita dan kanak-kanak jelas mengundang bahaya kepada kesihatan mereka.

“Pokok-pokok yang berada di kawasan ini pun sudah jadi kering-kontang akibat gas kimia yang bocor dua hari lepas. Saya akan membawa isu ini ke parlimen, kilang berkenaan perlu dipindah ke kawasan lain,” katanya.

Lebih 50 anggota polis dan RELA bertugas bagi mengawal keadaan, bagaimanapun usaha untuk berjumpa pihak kilang tidak kesampaian. -Makkal Osai

Related Articles