25
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, panggilan kecemasan diterima kira-kira pukul 12.48 tengah malam.
Anggota bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 1 pagi.
“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Siasatan akan dilengkapkan dalam tempoh 14 hari,” kata jurucakap itu.
Kerugian dianggarkan kira-kira RM500,000.
Kebakaran berjaya dikawal daripada merebak ke kira-kira 40 kedai dan gerai berhampiran.