Katanya, ia akan membantu generasi India akan datang boleh membaca dan mengetahui sejarah Tamil serta penulis-penulis karya dan sastera bersejarah itu.
“Karya-karya bersejarah oleh karyawan terbesar harus ditempatkan di perpustakaan awam di negara ini.
“Ia akan memastikan generasi muda masyarakat India akan lebih mengetahui sejarah mereka di masa akan datang. Karya-karya sedia ada tidak mencukupi , ia perlu diusahakan secara menyeluruh,” katanya.
Beliau turut berkongsi pengalamannya melawat ke perpustakaan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini.
“Saya terkejut tiada sebarang karya buku kisah sejarah berkisarkan masyarakat India ditempatkan di perpustakaan itu dan sangat mengecewakan.
“Ramai penulis atau karyawan Tamil telah menghasilkan buku Tamil sebanyak lebih 7,000 naskah.
“Saya berjaya mengumpul 1,500 naskah daripadanya dan menghadiahkan kepada UPSI untuk tatapan penuntut mereka dan bakinya akan terus dicari,” ujarnya lagi.
Beliau menyarankan perpustakaan India perlu diwujudkan di perpustakaan utama univerisiti Awam lain. “Setakat ini perpustakaan seumpama itu hanya terdapat di Universiti Malaya.
“Malah setiap sekolah Tamil perlu didirikan perpustakaan dengan koleksi buku penulis Tamil. myPPP akan membantu dalam hal ini, ” ujarnya di sebuah majlis pelancaran karya Tamil di ibu negara semalam. – Tamil Malar