Kastam rampas lebih 11 tan mercun

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khazali Ahmad berkata JKDM menjalankan operasi lebih awal kerana mercun biasanya mendapat permintaan tinggi khususnya menjelang musim perayaan.

“Pada masa ini, mercun-mercun yang kita rampas ini semuanya sangat canggih, yang memerlukan orang profesional untuk mengendalikannya. Kalau suka-suka nak bakar, amat berbahaya.

“Jadi, sempena Aidilfitri ini, janganlah membazir wang untuk membeli mercun kerana ini merupakan perkara berbahaya yang boleh mengakibatkan kecederaan yang mungkin tidak boleh diubati lagi dan juga boleh mengakibatkan kebakaran besar jika kita tidak tahu bagaimana mengendalikannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa JKDM Sabah bersama isteri Yang Dipertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah RM Jasni di Sepanggar malam tadi.

Khazali juga berharap orang ramai memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat mengenai aktiviti penyeludupan kepada JKDM untuk diambil tindakan.

“Tugas (membanteras penyeludupan) bukan mudah kerana mempunyai garisan sempadan terlalu panjang. Jadi kita mengharapkan kerjasama orang awam untuk membantu kita bersama-sama menjaga keselamatan dalam negara,” katanya.

Related Articles