Kapal Zaytouna-Oliva ke Gaza ditawan Israel

Kapal yang membawa 13 aktivis kemanusiaan, termasuk wakil tunggal Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hassan, dipintas tentera laut rejim dan dijangka ditunda ke Pelabuhan Ashdod, Israel.

Insiden itu disahkan Pusat Krisis WBG Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) kepada BH.

Dr Fauziah yang bertindak sebagai doktor di atas kapal itu adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE.

Kapal dengan 13 aktivis wanita pelbagai latar belakang dari 12 negara itu berlepas dari Barcelona, Sepanyol, 21 hari lalu.

Ia dilaporkan terputus hubungan 8.50 malam, kurang 50 batu nautika dari Gaza.

Misi pelayaran kemanusiaan dengan mesej keamanan itu adalah simbolik penentangan masyarakat antarabangsa, khususnya wanita, ke atas kepungan haram rejim Israel ke atas Gaza sejak 2007, menurut laporan BH Online.

Related Articles