Kanak-kanak hilang ditemui selamat

Menerusi laman Facebook ibunya, Siti Rohayu Yaacob berkata beliau bersyukur anaknya berada dalam keadaan selamat dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan Noor Ayrill Aqasha.

“Tidak dapat cerita details terperinci). Tetapi saya berterima kasih atas doa2 kalian… Sekarang kami di ibu pejabat polis… Terima kasih Allah je yg mbalas segalanya…

“Terima kasih adik Mael yg (yang) menemui, membawa pulang dan memberitahu kami… Mohon viralkan agar semua tahu berita terkini ini,” katanya dalam laman Facebooknya tadi.

Kanak- kanak itu diilaporkan hilang sebelum kali terakhir dilihat di rumah bapanya di Jalan Jejaka 9, Taman Maluri, Cheras di sini pada 31 Oktober lalu.

Kehilangan Noor Ayrill mula menjadi viral dalam laman sosial Facebook sejak hari ini selepas ibu dan bapa kanak-kanak terbabit meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi mereka selain memaklumkan pihak polis.

Related Articles