18
Difahamkan mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas selepas terjerut pada kain buai kira-kira pukul 12.30 tengah hari Isnin.
Sepasukan polis dan anggota forensik Hospital Sultanah Bahiyah pergi ke rumah ibu bapa mangsa bagi menjalankan siasatan pagi Selasa.
Bapa mangsa, rakyat Malaysia berusia 39 tahun dilihat berada di Hospital Sultanah Bahiyah bersama dengan isterinya warga Thai dan beberapa ahli keluarga lain sedang menunggu untuk menuntut mayatnya selepas bedah siasat.
Punca kematian sebenar kanak-kanak itu masih disiasat.