Kami tak makan dedak, kata Tun Mahathir

Mahathir berkata, beliau mengakui tindakannya bersama-sama Kit Siang adalah suatu yang pelik memandangkan mereka adalah musuh ketat ketika 22 tahun beliau menjadi perdana menteri.
 
“Saya diberitahu bahawa ramai ahli dan pemimpin bawahan Umno marah kerana saya berada bersama Kit Siang dalam usaha menjatuhkan Najib.
 
“Ya, ini memang pelik dan aneh. Kami adalah musuh ketat. Tetapi kami berdua mempunyai pendirian yang sama berkenaan penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri,” kata Mahathir di laman blog miliknya, www.chedet.cc.
 
Mahathir berkata, kebanyakan pemimpin Umno hari ini bisu, pekak, dan buta kerana menyedari kesalahan Najib namun masih menyokong beliau.
 
“Tetapi hari ini kebanyakan ahli dan pemimpin UMNO sudah jadi bisu, pekak dan buta. Mereka tahu kesalahan Najib tetapi mereka sokong juga Najib. Walau apa pun kesalahan yang dilakukan oleh Najib mereka tetap sokong.
 
“Mungkin kerana dedak yang disuap oleh Najib. Shahrir mengaku dia terima RM1 juta dan Ahmad Maslan RM2 juta. Takkan yang lain tidak dapat habuan,” katanya, merujuk kepada Tan Sri Shahrir Samad dan Datuk Ahmad Maslan.

Negarawan itu berkata, kerana kepentingan diri dan tamak Umno tidak akan menjatuhkan Najib. 
 
“Kerana kepentingan diri, bangsa, negara dan agama juga sanggup dijual. Tidak ada ahli Umno selain daripada beberapa Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang berani menentang Najib. Kalau nak harap Umno jatuhkan Najib, tidak mungkin,” kata Mahathir.
 
Sehubungan itu, beliau menggesa mana-mana ahli Umno jangan berpura-pura mereka tidak lagi sangup melihat dirinya bersama Kit Siang berusaha menyingkirkan Najib.
 
“Ini bukan Umno lagi. Janganlah berlagak sebagai ahli Umno yang kononnya tidak sanggup melihat saya bersama Kit Siang. Yang tidak sayang Umno ialah kamu sekalian, kamu yang membisu, kamu yang pekak dan buta kerana semua anggota ini sudah ditutup dengan dedak dan lain-lain.
 
“Rakyat lebih benci melihat ahli Umno yang menyokong Najib daripada ahli Umno berada diatas pentas bersama Kit Siang untuk menjatuhkan Najib.
 
“Kami tak makan dedak sesiapa,” kata Mahathir.
 
Related Articles