Kalendar Sekolah Kembali Mulai Januari Pada 2026

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan akan mengembalikan semula kalendar persekolahan mulai Januari bermula 2026 dan menyelaraskan sepenuhnya dengan takwim peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT).Timbalannya, Wong Kah Woh berkata, kawalan dan perancangan telah dibuat bagi memastikan sesi persekolahan pada tahun 2026 dapat bermula pada bulan Januari sehingga Disember.“Kita ingin pastikan selain anjakan atau pengembalian sesi persekolahan ke Januari 2026, isu takwim SPM, STPM dan kemasukan ke universiti akan dibuat penyelarasan sepenuhnya.“Pada masa yang sama, KPM perlu memastikan bahawa penyediaan kalendar akademik adalah berdasarkan Peraturan-Peraturan Pendidikan (penggal, hari dan cuti sekolah) 1998 (Pindaan) 2021 yang menetapkan bahawa jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik hendaklah tidak kurang daripada 190 hari,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Mohd. Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) pada sesi soal jawab lisan.Sebelum itu, ketika menjawab soalan asal Mohd. Misbahul, Kah Woh berkata, KPM akan mengadakan sesi libat urus bersama-sama pihak berkepentingan untuk mendapatkan maklum balas berhubung penyediaan draf Kalendar Akademik 2025 dan draf Kalendar Akademik 2026 sebelum diangkat untuk pewartaan.“KPM akan memastikan kalendar akademik yang disediakan memenuhi tempoh pengajaran dan pembelajaran secara optimum iaitu antara 32 hingga 36 minggu bagi menyelesaikan keseluruhan kurikulum persekolahan.“Penjajaran kepada jadual peperiksaan awam juga akan dilaksanakan supaya selari dengan perubahan kalendar akademik persekolahan,” katanya.Pada Mei lalu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengumumkan KPM memutuskan untuk mengembalikan semula sesi baharu persekolahan kepada Januari pada 2026 berbanding bermula Mac yang dilaksanakan sejak 2022 susulan pandemik Covid-19.- MalaysiaGazette

Related Articles