Kalau saya bawa 20 ribu peserta, Malaysiakini akan runtuh – Jamal

by SM Amin

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam himpunan di perkarangan bangunan Malaysiakini susulan kehadiran yang kurang seperti yang beliau janjikan sebelum ini iaitu sebanyak 20 ribu peserta.

Kata Jamal, beliau sengaja tidak membawa jumlah yang dijanjikan kerana khuatir 20 ribu peserta akan berhimpun dan bangunan Malaysiakini akan runtuh kerana dirempuh oleh peserta himpunan.

Jamal dalam ucapannya turut mendesak kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menutup portal Malaysiakini kerana menerima pembiayaan dana daripada penyangak matawang, George Soros.

“Dua hari lepas dalam perbincangan kami (Jamal dan pengurusan Malaysiakini), mereka mengaku menerima dana daripada soros sebab itu hari in kita datang ke sini, kita minta kerajaan menyiasat mereka.

“Apa juga hubungan dengan Soros dan kalau perlu halau kita halau mereka, tutup organisasi mereka,” Katanya.

Pada Khamis lalu, Jamal hadir ke pejabat Malaysiakini bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan portal tersebut menerima dana daripada Soros.

Pengurusan tertinggi Malaysiakini iaitu Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan, tetua pengarang RK Anand dan pengarang Bahasa Melayu Jimadie Shah Othman dalam pertemuan itu mengakui mereka menerima sumbangan tersebut tetapi dalam jumlah yang kecil.

Related Articles