Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, sesiapa yang masih setia boleh teruskan bersama parti, jika tidak mereka boleh membawa haluan masing-masing.
Terbaharu, blogger terkenal Raja Petra menulis sekiranya Tun Mahathir ingin melihat Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, Mukhriz perlu kembali menyertai UMNO.
“UMNO boleh terima ahli yang keluar parti, sejarah terdahulu sudah membuktikan, Tengku Razaleigh Hamzah contohnya, tetap diterima.
“Jadi tidak mustahil kami menolak jika Mukhriz berhasrat kembali ke dalam UMNO,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat ketua-ketua penerangan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pada Isnin.
Terdahulu, bekas Senator, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor juga mengumumkan keluar UMNO.
“Ezam sepatutnya sudah lama keluar parti, lagipun dalam politik ini normal, ahli keluar, dan masuk,” katanya memetik laporan Sinar Harian.