Kakitangan Utem antara dua yang terperangkap di Turki

Naib Canselor Utem, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib berkata, mereka ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Mohd Jailani Md Nor dan Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Prof Madya Dr Azma Putra.

Beliau berkata kedua-dua mereka kini dalam keadaan selamat.

“Ketika insiden tersebut berlaku kedua-dua mereka sedang menanti penerbangan pulang ke Kuala Lumpur setelah menghadiri International Congress in Sound and Vibration pada 10 hingga 14 Julai di Athens, Greece,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Menurut laporan, kenyataan tentera yang disiarkan media Turki pada Jumaat menyebut angkatan tentera merampas kuasa sepenuhnya di negara berkenaan.

Bagaimanapun Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata pada awal Sabtu bahawa cubaan rampasan kuasa itu telahpun gagal dan menggesa rakyat supaya menjunjung demokrasi. – Bernama

Related Articles