Kaji semula tindakan beku aset majikan

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, pelaksanaan tindakan itu berpotensi mengundang masalah baharu, ia mungkin menyebabkan pekerja tempatan atau asing yang diambil bekerja secara sah di negara ini kehilangan sumber mata pencarian.

“Kalau aset syarikat dibekukan, ia akan membawa kesan besar terhadap pekerja lain. Contohnya majikan tidak dapat meneruskan operasi syarikat dan akan memberhentikan pekerja lain.

“Tindakan tersebut bukan hanya menjejaskan operasi syarikat berkenaan malah secara tidak langsung mendatangkan kesan tidak baik kepada pekerja. Mereka akan hilang pekerjaan,” katanya.

Shamsuddin berkata demikian mengulas tindakan yang akan dilaksanakan Jabatan Imigresen membekukan aset majikan selaras dengan peruntukan Akta Imigresen 1959/63 mengikut Seksyen 56(1), yang sudah lama wujud tetapi tidak dilaksanakan sebelum ini.

Pelaksanaan undang-undang itu dibuat setelah perkara tersebut dirujuk kepada penasihat undang-undang bagi membolehkan pelaksanaan akta sedia ada dimanfaatkan sepenuhnya. – Bernama

 

Related Articles