Sebenarnya jika merujuk kepada jumlah kerusi Parlimen yang dimilik oleh kem pembangkang, termasuklah sekali dengan PAS maka sudah menghampiri 90 kerusi, melebihi kerusi UMNO. Berdasarkan kepada pelan pengagihan kuasa di Parlimen hari ini, jumlah kerusi UMNO dan PH termasuklah PAS yang berpaut kedua-dua belah pihak, sudah pun mencapai lebih satu pertiga.
Sekiranya mereka ini “berdamai” kemudiannya menubuhkan kerajaan campuran pemerintah dan pembangkang, maka jumlah kerusi sudah melebihi dua pertiga dan kedudukan kukuh kerajaan Pusat sudah tidak boleh disangkalkan lagi. Sebenarnya BN gabungan 13 parti komponen, dalam keadaan “semangat BN” yang semakin luntur, bila-bila masa sahaja akan mengalami kejatuhan. Cuma persoalannya adalah kerajaan campuran pemerintah dan pembangkang, siapa yang akan menjadi PM? Simpulan mati yang tidak mungkin dapat dileraikan oleh UMNO dan PH.
“Struktur” pemerintah dan pembangkang yang sukar untuk dikira ini, akhirnya akan kembali semula kepada corak pengiraan Mahathir iaitu “36 kerusi” untuk menguasai rejim. Pertikaian mengenai “36 kerusi” ini bagi PH dan PPBM pula, ibarat dekat di mata tetapi sebenarnya jauh di hujung dunia. Pada PRU akan datang, bukan mudah untuk meraih 10 kerusi apatah lagi mahu membicarakan mengenai “36 kerusi”.
Bercakap mengenai kekuatan politik PH di Semenanjung Malaysia, sudah sampai ke tahap tepu. Melainkan PKR dan DAP membantu memecah kejayaan yang lebih besar daripada PRU505, ditambah pula dengan momentum AMANAH, maka cukup untuk menggantikan PAS yang “bertempur sendirian”.
Pengiraan “36 kerusi” kelihatan begitu berkeyakinan tinggi tanpa perlu membuat sebarang tindakan terlebih dahulu. Nampak seolah-olah seperti ramalan panglima DAP, Liew Chin Tong bahawa “angin Melayu akan bertiup”.
Imej Najib yang kini sudah tercalar ekoran skandal buruknya, ditambah pula dengan dorongan Tun Mahathir dan PPBM terhadap isu 1MDB, secara tidak langsung kesannya sudah menapai di kampung-kampung Melayu kawasan luar bandar. Hujah Liew Chin Tong ini bakal menjadi titik utama kejayaan dan kegagalan parti pemerintah dan juga pembangkang. – Kwong Wah Yit Poh