Kadar kes bunuh diri kaum India meningkat

Bekas Presiden Persatuan Perubatan Sakit Jiwa itu berkata kajian dari tahun 1996 hingga 2007 membuktikan masyarakat India mendahului senarai kes bunuh diri dan Laporan Kes Bunuh Diri Kebangsaan turut mengesahkannya.

Di dunia ini pada tahun 2012 sahaja, sebab kedua kematian remaja berusia antara 15 hingga 29 tahun adalah berpunca daripada bunuh diri menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Yayasan Strategik Sosial (YSS) bagi menangani insiden yang kian membimbangkan itu akan mengadakan satu seminar bertajuk ‘kesihatan sakit jiwa dan cara menanganinya’ pada 29 September ini pukul 6.30 petang di Dewan Netaji, Ibu Pejabat Pusat MIC.

“Seminar itu merupakan medan terbaik untuk membantu masyarakat India menangani insiden bunuh diri,” katanya.

Menurutnya, pendaftaran dan maklumat lanjut berkenaan seminar itu boleh diperolehi menerusi talian 0340415958 atau WhatApp ke 019367 2499. – Tamil Nesan

Related Articles