17
Perintah itu dikeluarkan Majistret, Ahmad ‘Adha ‘Amir Yasser Amri.
Ahmad ‘Adha membenarkan suspek berusia antara 30 dan 50 tahun itu ditahan berkuatkuasa hari ini sehingga 27 Ogos ini bagi membantu siasatan.
Ketiga-tiganya ditahan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan, jam 4 petang, Sabtu.
Mereka tiba di mahkamah dengan kawalan ketat anggota SPRM pada jam 12.30 tengah hari dan selesai direman pada jam 1 tengah hari.
Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana menggunakan jawatan atau kedudukan untuk meminta suapan.