Jumlah mangsa di pusat pemindahan di Perak, Kedah meningkat

Di Perak, jumlah penduduk yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan banjir ekoran fenomena air pasang besar meningkat kepada 106 orang setakat pagi Rabu, berbanding 97 semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri berkata, setakat 6 pagi tadi 76 orang daripada 15 keluarga ditempatkan di dewan orang ramai Kampung Panchor, Pantai Remis.

Seramai 17 orang dari dua keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tapak Semenang, Teluk Intan, manakala 13 lagi juga dari dua keluarga di dewan orang ramai Kampung Nelayan, Kuala Kurau.

“Paras air di semua kawasan terjejas juga semakin surut,” katanya dalam kenyataan pada Rabu. – Bernama

Related Articles