14
Bagimda bertitah, demonstrasi jalanan adalah budaya sesat dan tidak bertanggungjawab kerana menimbulkan kebencian dengan menghina pemimpin negara.
“Tindakan rakyat berkumpul di tempat-tempat awam dan melakukan perbuatan hina pemimpin dan individu tertentu adalah tidak bertanggungjawab,” titah baginda ketika Perhimpunan Bangsa Johor di Stadium Tertutup Pasir Gudang, di sini.
Pertubuhan menuntut pilihan raya adil dan bersih, Bersih 2.0 yang diketuai Maria Chin Abdullah dijangka akan melaksanakan demonstrasi Bersi 5 secara besar-besaran di ibu negara pada 19 November depan.
Gerakan Baju Merah yang diketuai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Yunos juga merancang demonstrasi pada 5 November ini.