Tetapi, 90 kerusi mewakili apa? Mana-mana parti atau pakatan politik, hanya dengan memperolehi 112 daripada 222 kerusi Parlimen sahaja sudah boleh memerintah. Tiada yang boleh menafikan kekuatan UMNO, tetapi “last mile” bagi menentukan parti ini kekal sebagai rejim adalah 22 kerusi. Maka UMNO kini hanya perlu meminjamkan sedikit keuntungan, tidak sukar untuk parti itu meneruskan lima tahun lagi pemerintahan.
Selepas pertempuran besar 2008, UMNO jelas sekali merasa tekanan besar kehilangan kuasa. Dua buah “negeri deposit” Malaysia Timur sudah tentu banyak membantu, tetapi sampai mana mereka mampu “mengendong maharaja terus mendaki gunung yang tinggi, bila-bila masa sahaja akan jatuh”, perkara ini tidak mampu dikawal untuk selama-lamanya.
PAS yang mengekalkan laluan konservatif dan tidak berputus asa untuk mendirikan “negara Islam” kini sedang bermasam muka dengan Pakatan Harapan (PH), tetapi bagi UMNO pula PAS adalah parti yang mudah untuk “dipinjam”. Presiden UMNO, Najib semasa dalam Perhimpunan Agung UMNO (2016) menumpukan sepenuh serangannya terhadap kumpulan “pengkhianat” Mahathir dan DAP pula digambarkan sebagai “musuh orang Melayu”.
Tetapi sepanjang perhimpunan tiada langsung kedengaran kritikan terhadap satu lagi parti pembangkang iaitu PAS dan turut menghairankan juga adalah Anwar Ibrahim juga langsung tidak “disentuh” dalam perhimpunan kali ini.
Parti GERAKAN semasa dalam tsunami politik 2008, hilang pemerintahan negeri Pulau Pinang yang lebih setengah abad dalam pentadbiran parti itu, membuatkan GERAKAN diejek dengan gelaran “parti nyamuk”. Ini membuatkan Mah Siew Keong begitu bimbang jika “perang dimulakan malam ini” kerana sudah tentu parti itu akan hilang segala-galanya.
Walau bagaimanapun, melihat kepada keseluruhan prospek Malaysia sama ada politik mahupun ekonomi, sentiasa ada perkataan “perubahan” di dalamnya. UMNO pula dalam keadaan mengejar situasi semasa, akan sentiasa memperbaharui “lesennya”.
Sama ada dalam atau luar negara, jangkaan turun naik ekonomi pada tahun 2017 pasti lebih teruk daripada tahun ini, parti yang memerintah pasti akan mengelak untuk mengadakan pilihan raya dalam keadaan kelembapan ekonomi. Jika tidak dapat dielakkan, maka perlu ambil tindakan segera sebelum ekonomi semakin menurun.
Begitu jugalah negara kita menghadapi turun naik ekonomi, tetapi di sudut politik pula, UMNO berasa tekanan yang besar juga dengan pertambahan “pengkhianat” Mahathir yang kini sedang mengumpul kekuatannya. Mahathir sedang mengumpul kekuatan pada setiap saat, menggapa Najib enggan mencuba juga? – Nanyang Siang Pao