Lembaga Tabung Haji dalam satu kenyataan berkata, Allahyarham yang berasal dari Bemban, Melaka dilapor berada dalam keadaan sihat sebelum dikatakan mengalami kesukaran bernafas oleh rakan-rakan di bilik penginapannya.
“Allahyarham telah diberikan rawatan kecemasan dan disahkan meninggal dunia pukul 1.05 pagi waktu Arab Saudi,” kata kenyataan itu.
Allahyarham akan dikebumikan di perkuburan Baqi’ di Mahdinah selepas waktu Zohor pada Isnin.
Mohamad tiba di Madinah dengan penerbangan KT02 pada 4 Ogos lalu bersama isterinya, Normah Jeni, 67.
Ini merupakan kematian kedua bakal haji Malaysia dengan kematian pertama dilaporkan di tanah air semalam akibat tekanan darah tinggi.
“Pengurusan TH berharap seluruh keluarga terutama isteri Allahyarham yang berada di sini terus tabah dan diberikan kekuatan.
Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan anggota TH turut merakamkan takziah buat keluarga Allahyarham serta mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat, mendapat keampunan Allah SWT serta ditempatkan dalam kalangan orang soleh. – Bernama