Jeff Ooi tunjuk wajah sebenar DAP

by SM Amin

Ketua Penerangan DPPM, Ahmad Fadhli Shaari berkata ini bukan kali pertama Jeff Ooi membuat kenyataan biadap dan mendesak beliau memohon maaf kepada keluarga Allahyarham Haron Din.

“Pada tahun 2013, dia pernah menggelarkan kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPP) kerana menggelar mereka kucing kurap. Sikapnya ketika itu ditegur oleh Mendiang Karpal Singh di Kovensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2013.

“DPPM menyifatkan bahawa Jeff Ooi seorang Ahli Parlimen yang paling kurang ajar di negara ini apabila sanggup mengeluarkan perkataan tersebut pada waktu sangat tidak sesuai.

“Ia sebenarnya sekaligus membayangkan wajah DAP yang merupakan parti yang diwakilinya apabila tidak ada sebarang teguran dari pimpinan parti terhadap sikapnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Jeff Ooi di dalam kenyataan tersebut menulis “’Adios Harun Din. Let there be peace’’ sekaligus membayangkan kebenciannya kepada pimpinan PAS tersebut selama ini.

Walaupun Jeff Ooi menarik semula kenyataan selepas dikritik hebat oleh pelbagai pihak kerana tidak sensitif, Fadhli menegaskan ianya tidak mencukupi.

“Realitinya, inilah wajah sebenar DAP apabila berdepan dengan isu-isu melibatkan agamawan yang dilihat tidak selari dengan ideologi perjuangan sekular mereka.

“Buktinya, tiada pimpinan DAP yang menyatakan tidak bersetuju dengan kenyataan biadap Jeff Ooi tersebut,” ujarnya.

 

Related Articles