Jeff Ooi serah diri pukul 2.40 petang

Ahli Parlimen DAP berkenaan tiba bersama peguamnya, RSN Rayer selepas pelbagai pihak sebelum ini membuat laporan polis berhubung komennya yang disifatkan biadab.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan beliau menyerah diri segera atau bakal berdepan tindakan ditahan polis sekiranya gagal berbuat demikian dalam masa terdekat ekoran kontroversi mengenai komen berkenaan.

Anggota Parlimen DAP itu dikritik sejak Jumaat lalu selepas didakwa memuat naik status, “Adios Harun Din. Let There Be Peace” dalam akaun twitternya dan berikutan insiden itu, beliau telah menukar akaunnya daripada awam kepada peribadi.

Ooi kemudian menafikan catatan di twitternya kerana beliau berkata imej yang diedarkan telah dimanipulasi melalui Photoshop dan menegaskan dia mempunyai kuasa penuh ke atas akaun media sosialnya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan kenyataan melukakan perasaan umat Islam.

 

Related Articles