Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata demikian ekoran tindakan ahli parlimen itu yang sebelum ini memuatnaik status di laman sosial berbaur hinaan melibatkan kematian Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din.
“Jika beliau (Ooi) mahu menjadikannya perkara yang lebih mudah, hanya serah diri.
“Jika tidak, kita (polis) akan cari dia,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri perhimpunan bulanan di ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur pada Isnin.
Menurut Khalid, kes Jeff membabitkan siasatan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana mewujudkan ketidakharmonian, perpecahan atau perasaan permusuhan, kebencian, berniat jahat atau prasangka yang menjejaskan keharmonian atas alasan keagamaan.
Jeff sebelum ini memuatnaik status di Twitter beliau dengan status ‘Adios Harun Din. Let there be peace’ yang mana ianya menimbulkan ketegangan di kalangan netizen ekoran tindakannya yang biadap itu.
Sementara itu, melibatkan kes dan isu yang sama, polis telah menahan dua individu atas kesalah menghina Islam di Facebook dengan memuatnaik statsu berkaitan pemergian Ulama PAS itu.
Perkara berkenaan disahkan Khalid melalui Twitternya pada Isnin.
“Syabas JSJK @PDRM tangkap dua orang, satu di Ipoh dan satu di Shah Alam buat posting di Facebook hina agama Islam berkaitan kematian Datuk Harun Din,” memetik status Twitternya itu.