Jazlan sahkan kritik kerajaan tidak boleh keluar negara

by SM Amin

Jelas Jazlan, peraturan menghalang pihak yang memburukkan kerajaan meninggalkan negara ini disebabkan kebenaran seseorang untuk ke luar negara merupakan satu keistimewaan dan bukannya hak.

“Kuasa untuk membenarkan orang keluar masuk dalam negara bawah pengarah imigresen dan dia juga yang keluarkan pasport. Ia keistimewaan dan bukan hak.

“Senarai (dilarang) memang ada. Jadi kalau isu macam (pengerusi BERSIH) Maria Chin, dia patut periksa dengan Jabatan Imigresen sama ada masih dibenarkan ke luar negara atau tidak.

“Jangan buat tindakan melulu yang terus kata tak boleh keluar,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas peraturan baru itu.

Di bawah peraturan baharu, rakyat Malaysia yang ditahan dan dihantar pulang kerana tinggal lebih masa, melakukan jenayah atau bekerja tanpa permit yang sah di luar negara juga tidak dibenarkan ke luar negara semula selama dua tahun.

Related Articles