Penjelasan itu juga turut membersihkan nama Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia berhubung isu berkenaan.
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yakin penjelasan positif itu mampu mengembalikan keyakinan rakyat di peringkat akar umbi terhadap kerajaan BN di bawah kepimpinan Najib.
“Terbukti Perdana Menteri tidak terbabit dalam isu berkenaan, …semua sudah dijelaskan oleh kerajaan Arab Saudi.
“Di Sarawak, kita amat gembira dan bersyukur dengan perkembangan, malah ia begitu bermakna dalam keadaan kita bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11).
“Kita sudah dimaklumkan perkara yang sebenarnya, …rakyat sudah tahu apa sebenarnya berlaku. Justeru, kita yakin ia mampu meningkatkan sokongan terhadap BN. Kita sudah ada enam Perdana Menteri tetapi Najib yang paling dekat di hati ‘Anak Sarawak’.
“Sudah 50 kali sepanjang enam tahun menjadi Perdana Menteri, beliau melawat Sarawak hingga ke segenap pelusuk negeri dengan membawa bersama pelbagai projek pembangunan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merasmikan Fasa Keempat Projek Lebuhraya Pan Borneo – Pakej Jajaran Simpang Bintangor – Jambatan Sungai Kua, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir mengesahkan bahawa sumbangan derma kepada Perdana Menteri memang daripada negara itu tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
“Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
“Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku.