Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Naib Pengerusi DAP merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sungkai, A.Sivanesan berkata, perbuatan menyerang atau mengugut akhbar yang melaporkan realiti komuniti India di negara ini harus dihentikan sebaliknya apa yang perlu dilakukan adalah menjawab kepada segala permasalahan tersebut. .

“Cukuplah menentang atau mengugut akhbar Tamil, hentikan perbuatan kanak-kanak itu dan menjawab segala masalah itu sebagai pihak bertanggungjawab,” katanya.

Turut bersama beliau dalam sidang media ialah Ahli Parlimen Tronoh, V. Sivakumar yang juga merupakan bekas Speaker DUN Perak.

Malaysia Nanban melaporkan segala masalah komuniti India yang sepatutnya dibela MIC sebagai wakil kaum minoriti itu.

“Apa salahnya jika mereka melaporkan perkara benar.

“Jika kita dituduh secara terbuka, dan didapati tidak benar, menjadi tanggungjawab ahli politik untuk menjelaskan yang sebenar dan itulah budaya bertamadun.

“Tetapi dua pemimpin iaitu Saravanan dan Pengerusi Perak, V. Elanggo mengandam akhbar yang melaporkan perkara sebenar,kenapa berbuat begitu?,” tegasnya lagi.

Menjadi rutin kepada MIC menyerang akhbar yang melaporkan tanggungjawab mereka.

MIC jangan menganggap komuniti India tidak tahu apa-apa. Komunit India yang ada sekarang bukannya seperti sekitar tahun 1970-an.

Dua PRU lepas membuktikan MIC hilang sokongan komuniti India di Perak.

“Oleh itu, Elango jangan bermimpi kononnya MIC masih mempunyai sokongan India di negeri itu.

“Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, buat amanat yang dipertanggungjawabkan oleh rakyat dan jawab segala masalah menerusi langkah penyelesaian, hentikan ugut atau ancam akhbar,” tegasnya lagi.– Malaysia Nanban

Related Articles