Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata semua pihak termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sudah bersiap sedia menghadapi keadaan itu.
“Air pasang sekitar 3.2m ini dijangkakan berlaku pada 16 dan 17 Nov, namun paras air tidak setinggi pada 16 hingga 20 Okt lalu yang mencecah 3.8m,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Ayub berkata maklumat mengenai keadaan itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, dan penduduk diminta tidak mendengar sebarang khabar angin yang disebarkan di laman sosial.
Fenomena ‘Supermoon’ berlaku apabila bulan berada di kedudukan paling hampir dengan bumi, membuatkan saiz bulan seolah-olah lebih besar daripada biasa.
Ia pernah berlaku pada 6 Mei 2012 diikuti pada 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan seterusnya pada 28 Sept 2015. –Bernama