Jangan undi ‘Pendekar Mustar’ – Mat Sabu

by SM Amin

Setiausaha Organisasi Kebangsaan, Anthony Loke yang memulakan ucapan dalam majlis itu membidas sindiran Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang mendakwa DAP telah ‘memberi arak’ kepada bekas-bekas pemimpin parti itu sehingga tertubuhnya PAN.

Anthony menafikan keras dakwaan itu sebaliknya menuduh PAS yang sebenarnya sekarang ini tengah mabuk kerana cuba membantu UMNO.

“Saya tak sangka fitnah sebegitu rupa keluar dari mulut PAS, ingatkan UMNO sahaja cakap begitu.

“Kita kesal bahawa fitnah seperti ini keluar daripada mulut Pemuda PAS, cakap DAP bagi arak dekat Mat Sabu,” katanya.

Presiden PAN, Mohamad Sabu ketika berucap memperkenalkan calon Pakatan Harapan, Azhar Abdul Shukur, 50 meminta supaya pengundi memberi peluang kepada calon pembangkang itu.

“Kita mahu Barisan Nasional kalah, jangan tersilap pilih. Jangan undi Pendekar Mustar,” sindir Sabu, merujuk kepada penggayaan busana tradisional Melayu oleh pimpinan PAS yang sedang bermuktamar di Kota Bharu ketika ini.

Related Articles