Jangan terperangkap dengan politik ilusi pembangkang – Najib

Beliau mahu rakyat sentiasa berfikir secara matang tentang kesejahteraan masa depan negara dan tidak mudah terpengaruh dengan dakyah dan fitnah pembangkang ke atas kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).

“Jangan terjebak dalam politik ilusi pembangkang yang berunsur tohmahan yang pada akhirnya hanya akan menghancurkan hidup anda.

“Kerja pembangkang hanya menghasut dan klip video Rafizi Ramli jelas membuktikannya, jadi saya seru rakyat supaya berwaspada dengan dakyah pembangkang yang tak berprinsip moral,” katanya.

Tambah beliau, jika pembangkang tidak dapat meyakinkan rakyat dengan tohmahan yang dilemparkan, maka mereka akan berusaha untuk mengelirukan rakyat.

“Ia menjadi rutin mereka dalam apa jua masalah yang tercetus di negara ini.

Jika pembangkang tak puas hati dengan pemerintahan BN, mereka patut tampil dengan pelan pembangunan mereka.

“Tapi mereka bukan sahaja tidak mampu, maka masih tidak dapat menentukan bakal calon PM mereka, dan saling tidak percaya dalam Pakatan Harapan.

“Maka rakyat perlu membuat penilaian berdasarkan apa yang telah dilakukan BN selama ini, untuk membawa perubahan tidak semestinya perlu ubah kerajaan, transformasi berterusan cukup untuk BN mensejahterakan rakyat berbilang kaum,” ujarnya lagi. – Tamil Nesan.

Related Articles