Segala isu yang dibangkitkan ketika kempen pilihan raya kata Najib perlu diambil pertimbangan dengan pemikiran yang waras dan rasional kerana kebanyakkannya lebih kepada retorik politik.
“Kita juga mesti berhati-hati kalau ada dalam saat akhir akan dilontarkan isu-isu tertentu seperti mana yang berlaku seperti berlaku PRU 13 di mana pembangkang di saat akhir telah memviralkan kononya 40 ribu pengundi bangla undi masa pilihan raya.
“Terlalu hangat dan membuat orang marah dengan BN. Walhal bila mereka dah lepas pilihan raya, mereka sedar itu satu penipuan yang besar.
“Saya nak ingatkan pengundi-pengundi Sarawak terus berhati-hati BN tidak akan buat begitu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Wisma Bapa Malaysia, Kuching di sini.