Jangan pandang remeh Parti Pribumi – Ku Li

Beliau berkata, semua pihak memandang serius penubuhan parti baharu itu kerana ia dianggotai mereka yang berpengaruh serta pernah berada dalam UMNO.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak pasti sama ada parti baharu itu akan mendapat sokongan kerana ia terpulang pada rakyat.

“Saya sendiri tidak dapat membuat penilaian mengenai perkara itu kerana ia parti baharu tapi yang pasti UMNO perlu memberi perhatian serius,” katanya dengan memetik laporan Berita Harian.

Tengku Razaleigh berkata, semua pihak tidak boleh memandang rendah keupayaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengasas parti berkenaan.

“Kedua-dua pemimpin ini mempunyai pengaruh, berpengalaman dan kita tidak boleh memandang rendah terhadap mereka,” katanya.

Related Articles