15
Bagaimanapun kata Abdul Hadi, beliau kecewa apabila ruang rundingan dibuka, DAP telah menyebabkan parti PAS berpecah dan dilanda masalah.
“PAS dah lama buka pintu (perbincangan), cuma bila masuk pintu jangan kacau dalam rumah.
“Jangan kacau dalam rumah kami,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.
Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kesediaan PAS untuk berbincang dengan DAP.
Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin baru-baru ini berkata PAS bersetuju dengan konsep satu lawan satu seperti yang diharapkan rakan pembangkang lain untuk pilihan raya depan.
Hashim turut berkata, perkara itu mungkin memberi gambaran positif kepada pembangkang, namun ia terpulang kepada budi bicara rakan-rakan parti pembangkang.